
PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FORT RENEE SARATOK
BERSAMA MENJANA KOMUNITI BIJAK IT
Selamat Datang....
Kami Ucapkan.....
Maklumat PI1M

Program Berterusan
Perkhidmatan yang disediakan
Maklumat Am PI1M
Pusat Internet 1Malaysia mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman blog komuniti kami. Pusat Internet 1Malaysia merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital.
VISI
Menjadi sebuah pusat pemerkasaan ilmu ICT dan sumber maklumat bagi pembangunan modal insan yang cemerlang .
MISI
Mewujudkan sistem latihan efisien untuk melahirkan modal insan yang mahir, berilmu ,berdaya upaya dan berdaya saing dalam bidang ICT.
Petugas PI1M Fort Renee Saratok
Mahathir Bin Zolkifli,
Pengurus
017-3771561
Muhammad Nur Azlan Bin Othman
Penolong Pengurus
019-2548657
Sejarah Pejabat Daerah (Kini PI1M Fort Renee Saratok)
Kalaka adalah sebuah daerah yang terletak di pedalaman dan mengikut bancian pada tahun 1871, ia mempunyai populasi seramai 9,530 orang. Majoriti penduduk ini adalah Melayu (2,724 orang), Iban (6,741 orang), Cina (62 orang) dan India (3 orang).
Fort Charles telah dibina oleh seorang kakitangan Kerajaan Brooke yang bernama Maxwell di dalam tahun 1878 sebagai tempat pentadbiran dan juga mengumpul cukai daripada penduduk setempat. Bangunan ini telah runtuh disebabkan hakisan tanah pada tahun 1893 dan telah dibina semula pada tahun 1895. Sepuluh tahun selepas “Fort Charles” dibina, “Fort Renee” di Saratok di bina pada tahun 1888. Pada asalnya ia adalah bangunan sementara yang dibina menggunakan bumbung atap dan kayu berlian dan telah digunakan sebagai Pejabat Daerah Saratok. Beberapa deretan kedai kayu yang pertama sepanjang Batang Kriantelah dibina oleh orang cina (Hokkien) pada awal tahun 1900an. Sekolah Min Syn telah dibina di dalam tahun 1919 apabila ramai orang cina menetap di Saratok.
Sekitar tahun 1888, didapati ramai orang iban yang menetap di sepanjang Sungai Krian dan Sungai Sebetan, orang Melayu di Kabong dan Sessang manakala orang cina di pekan Saratok, Roban dan Kabong. Aktiviti utama penduduk adalah bertanam padi,menangkap ikan dan menanam rumbia. Dalam tahun 1900an, penanaman getah di bawa masuk ke daerah Saribas dan berkembangke Sungai Krian
Terdapat dua tempat bersejarah di Saratok iaitu telaga lama dikenali sebagai Telaga Mok Haji Kiah yang terletak dibawah bangunanPejabat Daerah Saratok. Telaga ini tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Sebuah lagi tempat bersejarah adalah tapak Bersejarah Orang Kaya Temenggung Tanduk; ianya terletak di Krian Tengah (Krangan). Menurut sumber sejarah, rumah panjang Temenggung Tandok telah dibakar oleh orang Iban dari Banting yang diketuai oleh Ijau Lang dalam tahun 1833. Pada masa tersebut, Saratok adalah di bawah pemerintahan kesultanan Brunei.
Pekan Saratok telah terbakar pada bulan Jun 1970. Setengah daripada 56 unit kedai kayu telah terbakar. Pada 10 Mei 1972, kedai konkrit telah dibina buat pertama kalinya. Pada bulan Oktober 1973, 61 unit kedai konkrit telah di bina di atas tapak pecan yang lama. Di dalam tahun 1981, 10 unit kedai, sebuah Masjid Daerah Baru yang berkos RM316,000.00 dan sebuah kuil Cina siap dibina. Gereja St Peter yang dibina dalam tahun 1930 an telah digantikan dengan gereja konkrit pada tahun 1959. Tapak lama pekan Saratok di Jalan Ong Ho San telah digunakan untuk membina Sekolah Rendah Min Syn, Dewan Masyarakat, Pasar Tamu dan Stesen Bas Saratok yang baru.
Sejarah bagaimana Saratok mendapat nama...??
Terdapat beberapa versi mengenai kewujudan nama Saratok. Di dalam buku “Lagends and History of Sarawak” yang dikarang Chang Pat Poh; diantara lain ianya dikaitkan dengan seorang Melayu tua yang bergelar Dato dan temannya yang ingin mengunjungi sanak saudaranya yang berada di kawasan Saratok ketika itu. Disebabkan oleh usianya yang tua, beliau sering berjalan menuju kearah yang salah. Temannya terus memperingatkan beliau dengan berkata “Salah Tok” dan akhirnya dituturkan secara perlahan sebagai “Saratok” hingga kini.
Terdapat juga versi mengenai kewujudan nama Saratok ini. Ia dipercayai berpunca daripada pokok “Salak”. Pada masa lalu terdapat banyak pokok salak di kawasan pekan Saratok. Orang yang berkunjung ke tempat tersebut sering mengaktakan “Salak Tu”, yang bermaksud “ ini adalah pokok Salak”. Secara perlahan juga, ianya ditutur sebagai “ Saratok” hingga kini.
Manakala di dalam buku “ The Living Legends: Borneo Telling Theirs Tales yang dikarang oleh Bennedict Sanline kewujudan nama “ Saratok” dipercayai berpunca daripada bangsa Seru yang di ketuai oleh seorang pahlawan Seru bernama “Sagatok” yang melarikan diri daripada sarangan orang Iban ke sebuah “ Munggu” (bukit). “ Munggu” ini dinamakan sebagai “Munggu Sagatok’ hingga kini sempena nama ketua kumpulan Seru tersebut. Pejabat Daerah Saratok lama adalah terletak di atas Munggu Sagatok, lama-kelamaan perkataan “Sagatok” ini dituturkan sebagai “ Saratok” hingga kini.
.
